Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hujan renyai-renyai. Subuh yang dingin. Pagi yang nyaman. Terasa empuk sekali kusyen di bahagian ruang tamu Mak Teh. Suasana pagi subuh yang hening. Krik, krik. Ada bunyi di bahagian dapur. 'Awalnya Mak Teh bangun,' detik hatinya. Klong, klong, klong. Bunyi hentakan sudu pada sebiji cawan besi kedengaran mirip sekali seperti subuh dua puluh lima tahun yang lalu. Namun, bunyi itulah yang dirindukannya tika tinggal di bandar; jauh dari kampung halaman. 😉 "Tini, tak bangun lagi, nak?" jerit Mak Teh dari dapur. "Ye, mak. Nak bangun lah ni." Tini perlahan-lahan mengeliat ke kanan dan ke kiri. Kakinya diluruskan selurus-lurusnya. Arhgh! Enaknya kampung halaman. Tini bingkas bangun menyambar berus gigi dan ubat gigi. "Mak, sarapan apa pagi ni?" sergah Tini. "Ni, hah. Ada mak buat nasi lemak sikit nak jual kat pondok depan tu. Ada lebih ni, hah makanlah," balas Mak Teh. "Nanti Tini tolong hantarkan nasi lemak tu ye. Mak rehat je
Catatan terbaharu
Assalamualaikum kepada pembaca yang tersayang. Nak kongsi sikit berkenaan cara nak murah rezeki. Ni dari pembacaan lah. Dari blog, laman sosial dan seumpamanya. Istighfar 100x, Berbakti pada ibu dan ayah, Rajin amal al-fatihah, Kerap bersedekah, Rajin solat dhuha, Rajin baca doa 12 Pembuka 12 Pintu. Di antara figur yang saya jadikan panduan termasuklah Dato' Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ustadz Yusuf Mansur. Setakat itu jer buat kali ni. Harap semua dapat manfaat. Salam sayang dan semoga bertemu lagi.

Pembelajaran Matematik yang menyeronokkan.

Bermain, makan, tidur dan melayari Internet adalah antara perkara-perkara yang menyeronokkan. Dapatkah pembelajaran Matematik menjadi seronok? Terutama di Nusantara... Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran Matematik? Dari pengalaman 5 tahun mengajar Matematik, saya mendapati bahawa kurang minat dan komitmen (usaha) untuk memahami pelajaran ini adalah antara sebab kelemahan pelajar. Minat dapat dipupuk dengan pendekatan yang sesuai dengan suasana yang disukai pelajar. Di sini, saya ingin memfokuskan terhadap penggunaan set induksi yang berkesan; iaitu penggunaan masa kurang dari lima minit. Kepelbagaian dalam set induksi juga boleh memancing minat pelajar. Di samping itu, para pengajar Matematik perlulah melakukan rancangan sebelum mengajar. Antaranya fakta tambahan untuk menambah nilai dalam pembelajaran subjek ini. Fakta yang diluar kotak pemikiran 'biasa' juga amat membantu. Guru yang mendekati pelajar juga boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar. Ini adalah p
Pentingnya minat dalam kehidupan. Minat merupakan sesuatu perasaan yang melibatkan aktiviti yang menyeronokkan. Minat juga boleh diartikan sebagai suatu aktiviti untuk menghilangkan stres. Pentingnya minat dalam kehidupan adalah untuk meningkatkan kesihatan emosi seterusnya kesihatan fizikal. Sebagai contoh, untuk menghilangkan stres, bolehlah melukis, menulis ataupun bermain bola. Melukis dan menulis boleh merawat jiwa manakala bermain boleh mengeluarkan peluh dan menjadi si hat. Kenapa minat penting dalan kehidupan? Adapun pentingnya termasuklah mengisi masa kosong dengan aktiviti berfaedah. Masa yang berlalu tidaklah sia-sia, namun dimanfaatkan: masa itu emas. Sepertimana yang diketahui ramai, minat mencakupi jenis yang subjektif. Ada orang yang minat memasak, menjahit, membaca buku, menulis puisi, melukis, memancing, bermain "game playstation", bermain golf dan berbagai-bagai lagi. Bagi seseorang individu, minat dan main adalah dua komponen yang b