Bermain, makan, tidur dan melayari Internet adalah antara perkara-perkara yang menyeronokkan. Dapatkah pembelajaran Matematik menjadi seronok? Terutama di Nusantara...
Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran Matematik?
Dari pengalaman 5 tahun mengajar Matematik, saya mendapati bahawa kurang minat dan komitmen (usaha) untuk memahami pelajaran ini adalah antara sebab kelemahan pelajar.
Minat dapat dipupuk dengan pendekatan yang sesuai dengan suasana yang disukai pelajar. Di sini, saya ingin memfokuskan terhadap penggunaan set induksi yang berkesan; iaitu penggunaan masa kurang dari lima minit. Kepelbagaian dalam set induksi juga boleh memancing minat pelajar. Di samping itu, para pengajar Matematik perlulah melakukan rancangan sebelum mengajar. Antaranya fakta tambahan untuk menambah nilai dalam pembelajaran subjek ini. Fakta yang diluar kotak pemikiran 'biasa' juga amat membantu.
Guru yang mendekati pelajar juga boleh meningkatkan keyakinan diri pelajar. Ini adalah pengalaman saya sebagai seorang murid semasa di sekolah menengah. Ini juga boleh dikatakan sebagai satu metode untuk memotivasikan para pelajar. Motivasi akan menggerakkan minat - dorongan dari motivasi merupakan faktor intrinsik yang amat kuat.

Ulasan
Catat Ulasan