Hujan renyai-renyai. Subuh yang dingin. Pagi yang nyaman. Terasa empuk sekali kusyen di bahagian ruang tamu Mak Teh. Suasana pagi subuh yang hening. Krik, krik. Ada bunyi di bahagian dapur. 'Awalnya Mak Teh bangun,' detik hatinya. Klong, klong, klong. Bunyi hentakan sudu pada sebiji cawan besi kedengaran mirip sekali seperti subuh dua puluh lima tahun yang lalu. Namun, bunyi itulah yang dirindukannya tika tinggal di bandar; jauh dari kampung halaman.
😉
"Tini, tak bangun lagi, nak?" jerit Mak Teh dari dapur.
"Ye, mak. Nak bangun lah ni."
Tini perlahan-lahan mengeliat ke kanan dan ke kiri. Kakinya diluruskan selurus-lurusnya. Arhgh! Enaknya kampung halaman. Tini bingkas bangun menyambar berus gigi dan ubat gigi.
"Mak, sarapan apa pagi ni?" sergah Tini.
"Ni, hah. Ada mak buat nasi lemak sikit nak jual kat pondok depan tu. Ada lebih ni, hah makanlah," balas Mak Teh.
"Nanti Tini tolong hantarkan nasi lemak tu ye. Mak rehat je kat rumah."
...
Sempena cuti di kampung, terubat juga hati Tini pada halamannya.
"Kak, nak nasi lemak ayam masak merah satu, nasi lemak udang dua".
"Aa, ni. Ayam satu, udang dua. $3.50 semuanya adik."
'Alhamdulilah,' getus hatinya. Semua nasi lemak habis dijual. Seronok juga dapat menolong ibu. Terdetik di hatinya untuk lebih mempelajari ilmu perniagaan, 'Nak buka lebih cawangan lagilah.'
Sambil-sambil menunggu pelanggan datang, tangan Tini ligat bermain dengan gajetnya yang baru dibeli dua bulan yang lepas. Jarinya bermain di skrin telefon mencari nama yang dirinduinya, Mr. X. Apalah yang sedang dilakukan oleh Mr. X sekarang ini?
Selama beberapa minit membelek-belek telepon tetiba datang seorang mamat nih. "Dik, nasi lemak tiga." "Ok.$3.00." Tini kembali ke bangkunya dan meneruskan permainan Facebook Messenger nya.
Ping!
Eh, sapa ni?
Oh, Mr. X! Oh my gosh!

Ulasan
Catat Ulasan